Hari Sukan Negara - Jom Get Fit @ Jom Sihat

Rata- rata hari ni semua update pasal Hari Sukan Negara di laman sosial, termasuk la saya...
Simpan-simpan sikit info, mana tau nanti dah tua boleh la buat baca-baca, throwback katanya masa tua nanti.

Apa aktiviti anda sempena Hari Sukan Negara ni?
Saya cuma sempat buat skipping dan lari2 anak je kat dalam rumah, belum dapat lagi nak buat aktiviti bersama family. En.suami takde, ada exam, anak plak ada sekolah ganti, jadi mama kena la beraktiviti sendiri.

Ok la kan, dpt buat skipping dan lari2 anak tu. Baca betul-betul tau..lari-lari anak, bukan lari dengan anak..ihihi.

Jom kita tengok sedikit info mengenai Hari Sukan Negara.

Hari Sukan Negara yang julung kalinya ini di adakan adalah untuk membina asas ke arah negara yang bersukan dan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup.

Hari Sukan Negara ini merupakan agenda penting kerajaan dalam membantu untuk meningkat kan perpaduan sesama kaum,meningkatkan kualiti kesihatan dan malah membesarkan lagi tapak penyertaan dan penganjuran sukan rakyat Malaysia seterusnya dapat mengenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadi atlet kebangsaan di masa hadapan. 

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Hari Sukan Negara ini juga bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN , meningkatkan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara.

Jadi mari lah bersama-sama kita untuk‪ #‎JomGetFit‬ ,#JomSihat bagi mencapai objektif utama ‪#‎HariSukanNegara‬ dan terus menjadi kan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan sihat sejahtera. 




Jom tonton .
Ingin kempis atau latih bahagian abdominal anda?
 Berikut adalah video demonstrasi 25 senaman perut yang anda boleh lakukan di rumah atau di mana-mana tanpa memerlukan peralatan yang mahal by Kevin Zahri



Lepas dah bersukan mesti nak cari air sedapkan. Apa kata kita minum Cinch Smoothies lepas bersukan.

Lelemak yang kita dah cairkan masa bersukan tadi kita convertkan pada muscle. 
MUSCLE??? Wanita pun kena ada muscle ke? Jangan ingat muscle tu untuk abang sado je, muscle untuk kaum wanita maksudnya lebih fit dan anjal..Ha..kelasss gitu.

Nah belanja resepi , yang mana satu pilihan anda, bolehlah mencuba ye.



Istimewa untuk abang sado pula..
Abang-abang sado nak kelihatan lebih mantoop dan meletup kebabom tak?
Cubalah Cinch Shake Shaklee, pastinya pilihan terbaik untuk membakar lemak dan lebih fit.

Ada 3 perisa yg sememangnya super sedap.


Saya sendiri mengambil Cinch Caffe Latte bagi menggantikan coffee untuk sarapan pagi saya.Memang terbaaik.

Jika anda berminat atau ingin tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee atau promosi bulanan bolehlah hubungi saya terus melalui:-

sms/whatssapp**/telegram
**for fast reply
012-3931629
Elly


"Selamat Hari Sukan Negara kepada seluruh rakyat Malaysia!"
Share on Google Plus

About Norsyahili Solahuddin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. Bersemangat pulak bila baca entry u. Tqqqq

    ReplyDelete