Jerebu oh Jerebu - Kembali Melanda Malaysia.

Jerebu kembali melanda Malaysia, kini lebih teruk.

INFO MENGENAI BAHAYA JEREBU
Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.


Apa kaitan jerebu dengan manusia? 
Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Apa yang menyumbang kepada jerebu?
 1. Pembakaran secara terbuka
 2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
 3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
 4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
 5. Pelbagai semburan atau aerosol
 6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
 7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Apakah tindakan yang perli kita lakukan semasa jerebu?





GOLONGAN  YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti
- kanak-kanak
- orang tua
- wanita mengandung
- pesakit  jantung dan respiratori
- mereka yang sensitive kepada habuk / alahan
- orang yang merokok
- mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
- golongan berpenyakit (asma, bronkitis, radang paru-paru)

Apakah kesan kesihatan kepada manusia
 1. Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-       paru.
 2. Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
 3. Kepala berasa berat dan sakit
 4. Dada ketat dan terasa sesak
 5. Letih yang berlebihan dari biasa
 6. Ketidak stabilan emosi
 7. Gangguan kepada hormone terutama wanita
 8. Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
 9. Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau                    bronchitis yang teruk.

Berikut adalah Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia untuk rujukan anda.




 NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
 >  Orang ramai dinasihatkan supaya berada di dalam bangunan.
 >  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
 >  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah           kepada jerebu.
 >  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air. 
 >  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat                  penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap. 
 >  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar            terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
 >  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan            paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan                  penyakit bertambah teruk.
 >  Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
 >  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media masa dan mengikut nasihat daripada              pihak berkuasa.

TIPS PEMAKANAN SIHAT SEMASA JEREBU

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin.

Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah. Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak . Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan .

Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas  akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini  adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga  8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .

Minum Jus serta makan  buah – buahan  dan sayur- sayuran  yang  kaya dengan  antioksida, vitamin, mineral dan serat   bagi membantu melawan penyakit.

Elakkan pengambilan  minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol  yang  boleh menyebabkan pembuangan  air kencing yang  kerap dan boleh menyebabkan  dehidrasi.Pengambilan air suam adalah digalakkan  berbanding  minuman sejuk /berais  kerana  tubuh badan  akan kehilangan   haba  dengan  cepat yang perlu diganti semula.

Kurangkan pengambilan makanan yang  menyebabkan  kehausan dan  dehidrasi seperti makanan masin  atau bergaram.Makan pelbagai makanan mengikut keperluan  untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.

Pastikan  semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak  dan disimpan dalam keadaan yang sesuai  sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.

Kekal  aktif  di tempat  yang  sesuai ( Dalam bangunan  /rumah)  tetapi  elakkan atau kurangkan  aktiviti di luar  rumah.
Elakkan merokok  kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.

Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga.

Tahukah anda..
bahawa sesetengah penyakit yang berkaitan dengan lemah sistem imun memerlukan interferon untuk dicucuk ke dalam tubuh badan. Walaubagaimanapun, interferon yang dicucuk ke dalam tubuh badan mungkin mempunyai kesan sampingan kepada tubuh badan.

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh badan kita.
Berbeza dengan Nutriferon ini berbanding dengan interferon yang dicucuk, kandungan semulajadi di dalam setiap sachet Nutriferon dapat menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi tanpa memerlukan suntikan.


Salah satu kebaikan utama Nutriferon ialah untuk sistem imunisasi tubuh badan manusia.
Nutriferon dihasilkan dengan kombinasi tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti biji labu, benih Plantago, bunga Japanese Honey Suckle dan bunga Safflower.

Diharap informasi ini dapat sedikit sebanyak membantu keluarga anda menghadapi keadaan jerebu di Malaysia yang semakin teruk. Jangan ambil remeh masalah jerebu yang melanda kerana ini tanggungjawab kita bersama.

Dapatkan perisai anda sekarang.

"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit"

Elly Pengedar Shaklee Anda
012-3931629 (Whatsapp for fast reply)
COD Kapar, Meru, Klang, Shah Alam
Penghantaran Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment