Perlu ke DETOX hati, darah dan usus?

Lepas baca ni nanti uolls fikirkan, rasa-rasa perlu tak nak buat detoks untuk darah, hati dan usus?

Ramai yang ambil mudah tentang detox.
Tapi tahukah kita toksin yang masuk ke dalam badan jika tidak di singkin kan melalui detox akan mendatangkan mudarat  dan menjemput pelbagai penyakit.

Adakah kita fikir hanya usus sahaja yang perlu detox? Jawapannya.. TIDAK!

Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, dihidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini, banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita tidak mengawal pemakanan dan pencemaran.

Proses detoks di dalam badan terbahagi kepada tiga.
1.     Detox Hati
2.     Detox Darah
3.     Detox Usus / perut

Detox hati
Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis benda yang masuk ke badan kita. Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.
Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran, jadi sangat penting untuk kita cuci hati bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik.

Detox darah
Darah juga perlu menjalani proses detoks, bertujuan untuk membuat darah bersifat lebih alkali.
Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalani rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga?
Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencemarkan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik.
Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat mengecas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita.

Detox Usus/perut
70% racun bersumber dari usus besar!
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan.
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus.
Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum . Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Share on Google Plus

About Norsyahili Solahuddin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment