Apakah Prolaktin?
Prolaktin adalah hormon yg dihasilkan oleh kelenjar pituitari yg memberi isyarat kepada beberapa tisu di dlm badan. Kelenjar pituitari ini terletak di bhgn bawah otak.
Fungsi utamanya adalah utk memudahkan pengeluaran susu ibu dan proses rembesan yg dipanggil laktasi.
Biasanya, ia memang ada dlm jumlah yg kecil di dalam aliran darah kita, dikawal oleh hormon lain yg dipanggil dopamin.
Bagaimanapun, paras prolaktin akan meningkat dengan ketara apabila kita hamil. Selepas bayi dilahirkan gabungan tahap prolaktin yg tinggi dan penurunan estrogen dan progestron yg berlaku slps kelahiran membolehkan badan kita menghasilkan susu utk penyusuan. 🍼🍼🍼
🔍 Faktor2 kepada peningkatan tahap prolaktin.
√ Kehamilan dan penyusuan susu ibu.
Keadaan semulajadi yg membawa kepada peningkatan tahap prolaktin yg tinggi adalah kehamilan diikuti dgn penyusuan susu ibu.
Pada awal kehamilan, hormon seperti estrogen menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan tisu payudara, yg membawa kpd pembesaran payudara. Slps pertumbuhan payudara, hormon lain, termasuk isyarat prolaktin utk pematangan sel2 yg menghasilkan susu utk memudahkan penyusuan.
Tahap prolaktin kekal tinggi slps kelahiran bg membolehkan pengeluaran susu yg berterusan, tahap prolaktin akan menurun apabila pemberhentian penyusuan.
Tahap prolaktin yg tinggi semasa hamil dan penyusuan adalah normal, dan tidak membimbangkan.
√ Ubat antipsikotik.
Sesetengah ubat2an, terutama ubat2an antipsikotik boleh membawa kepada peningkatan tahap prolaktin. Penggunaan ubat2 ini secara berterusan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yg memudaratkan.
💊Ubat antipsikotik ialah ubat yg digunakan utk merawat psikosis (penyakit mental yg menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dgn realiti).
√ Tumor pituitari.
Dlm keadaan normal, sel2 pituitari akan membuat dan merembeskan prolaktin yg sepadan dengan keperluan badan.
Dlm keadaan tumor pituitari, bilangan jumlah prolaktin yg dirembeskan oleh sel akan meningkat. Prolaktin-tumor pituitari yg dirembeskan dikenali sbg PROLACTINOMA.
Wanita yg menghadapi mslh prolactinoma akan mengalami mslh terlepas atau haid yg tidak teratur, dan juga penghasilan susu dlm keadaan tidak hamil.
🔍Punca lain peningkatan tahap prolaktin.
>Dopamin adalah kimia yg menyekat rembesan prolaktin, jd ubat2an yg menghalang kesan dopamin atau mengurangkan penyimpanan dopamin akan menyebabkan peningkatan prolaktin.
>Hipotiroidisme atau hormon tiroid yg rendah juga boleh menyebabkan peningkatan paras prolaktin.
✒ 4 cara mengenalpasti gejala tahap prolaktin tinggi.
📌Gejala Haid Bagi Wanita
Kebanyakan wanita yg menghadapi hyperprolactinemia mempunyai beberapa gangguan kpd kitaran mereka.Haid mungkin dtg dlm keadaan yg tidak teratur, aliran tidak normal atau kehilangan sama sekali haid (amenoria).
📌Laktasi bukan selepas bersalin
Galactorrhea adalah istilah yg digunakan utk pengeluaran secara tiba2 dan aliran susu ibu semasa dalam keadaan tidak hamil.
📌Disfungsi seksual dan ketidaksuburan.
Selain pengeluaran susu, prolaktin juga dikaitkan dgn fungsi keinginan seksual. Jika tahap prolaktin meningkat wanita boleh mengalami kesakitan dr persetubuhan kerana kekeringan faraj. Kemandulan juga merupakan gejala drpd peningkatan tahap prolaktin.
Tahap prolaktin menyekat pengeluaran dua hormon utama, FSH dan GnRH yg penting dlm kesuburan. Kesan ini adalah mengapa sesetengah wanita menggunakan penyusuan sebagai satu bentuk dlm mengawal kehamilan.
📌Tumor
Tahap prolaktin yg tinggi boleh disebabkan oleh tumor pd kelenjar pituitari di dlm otak. Ia dikenali sebagai Pituitari Adenoma (prolactinoma).
Jika ini adalah punca hyperprolactinemia dan saiz tumor adalah besar, anda mgkin mengalami beberapa gejala yg beqqrkaitan dengan tekanan drpd tumor pd kwsn sekitarnya, termasuk saraf optik.Biasanya akan mengalami mslh sakit kepala dan mslh penglihatan.
📖 Mengenai Tumor Pituitari.
Menurut Institut Kesihatan Negara, tumor pituitari prolaktin atau prolactinoma adalah ketumbuhan bukan barah drpd pituitari yg mengeluarkan prolaktin. Kelenjar pituitari terletak di kepala dan merembeskan hormon yg memberi kesan kepd pertumbuhan dan pembgnan, kesuburan dan pembiakan. Biasanya prolaktin dihasilkan semasa mengandung dan selepas bersalin utk merangsang pengeluaran susu.
📎 Simptom
Gejala tumor prolaktin boleh disebabkan oleh peningkatan tahap prolaktin atau oleh tekanan tumor pd struktur sekitarnya. Pada wanita, paras prolaktin tinggi boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur, pengeluaran susu dr payudara dan kekeringan faraj. Jika tumor prolaktin besar dan memampatkan sekitar struktur, sakit kepala dan gangguan penglihatan boleh berlaku.
📎Diagnosis
Ujian darah akan dilakukan utk memeriksa tahap hormon, jika ia masih tinggi ujian darah akan diulangi sekali lagi. Kemudian imbasan MRI akan dilakukan utk mendapat gambaran kelenjar pituitari dan menilai pertumbuhan yg tidak normal.
📎Rawatan
Biasanya dirawat dgn ubat2an yg dikenali agonis dopanin. Ubat2 ini bertindak dgn cara yg sama seperti dopamin dgn mengurangkan paras darah prolaktin dan saiz tumor.
Jika terapi perubatan tidak berfungsi, pembedahan atau radiasi akan digunakan utk mengurangkan tahap prolaktin dan saiz tumor. Pembedahan biasanya dilakukan dgn membuang tumor melalui rongga hidung.
📎Komplikasi.
Komplikasi drpd prolactinomas bergantung kpd saiz tumor. Perubahab visual dan juga kehilangan penglihatan boleh berlaku jika tumor tumbuh dengan besar sehingga menekan saraf optik. Tekanan tumor kelenjar pituitarib boleh menyebabkan penurunan perkumuhan hormon pituitari yg lain, yg boleh menyebabkan tiroid, pertumbuhan dan keabnormalan adrenal. Kehamilan menjadi agak sukar pd mereka yg mengalami prolactinoma. Osteoporosis atau kehilangan tulang juga boleh disebabkan oleh paras prolaktin yg tinggi.
📎Tanda2 tumor pituitari
●sakit kepala
●perubahan dalam kitaran haid
●kemandulan
●pengeluaran susu ibu dlm keadaan tidak hamil.
● Sindrom Cushing (gabungan berat badan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan mudah lebam) disebabkan oleh terlebih pengeluaran ACTH
●acromegaly (pembesaran kaki atau anggota dan penebalan tengkorak dan rahang) dr hormon pertumbuhan yg terlalu byk.
●keletihan yg tidak dapat dijelaskan
●perubahan mood
● mudah marah
Vitamin yg diperlukan utk mengatasi masalah prolaktin ialah Vitamin B6
Cadangan supplemen Shaklee utk masalah ini
✅ B Complex
✅ GLA
✅ESP
✅Vita-E
✅Vivix.
Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit info untuk anda semua. Sekian .
Ingin dapatkan supplemen yg dicadangkan?
Elly @ 0123931629
tq for the good info. something new!!
ReplyDelete