Segalanya tentang BATU KARANG




Walaupun zaman dah berubah , tetapi masih ada nasihat orang-orang tua dahulu yang masih berguna.
Orang-orang tua selalu pesan, jangan suka menahan kencing nanti kena batu karang katanya.

Secara logiknya, apabila seseorang suka menahan kencing, dia akan kurang minum, betul tak? Bila kurang minum, air kencing akan menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.
Haaa...nampak tak, so jangan pandang ringan pada masalah ini ye.

Batu Karang ni terbentuk dalam buah pinggang. Buah pinggang kita ni la yang bertindak seperti penapis, yang menapis segala toksin dan bahan-bahan yang tidak berguna dari darah untuk disingkirkan melalui air kencing atau pun najis.

Akan tetapi, apabila bahan-bahan tersebut menjadi terlalu pekat, ianya akan menghablur dan membentuk batu karang.

APAKAH PENYEBAB BATU KARANG?
Antaranya :
> Kekurangan Magnesium
> Kekurangan Vitamin B6 (Pyridoxine)
> Kurang minum air
> Diet yang tinggi gula dan kurang serat.
> Kuat merokok (perokok tegar)
> Kolestrol tinggi.

Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang ialah :

> Sejarah keluarga atau sendiri - boleh disebabkan oleh faktor keturunan atau yg pernah mendapat batu karang kerana masalah ini boleh berulang.

> Umur - kebanyakan kes berlaku antara 20 -70 tahun.

> Jantina - Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

> Penyakit tertentu - Penyakit yang diwarisi seperti Sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino yang menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).  Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.  Manakala individu yg mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) dinasihatkan lebih peka kepada kesihatan.

> Kesan sampingan ubat - Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

> Pemakanan - Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang,tiram) boleh meninggikan risiko mendapat batu karang.

> Kurang bergerak - Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi, ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

JENIS - JENIS BATU KARANG :

# Batu Kalsium - jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan iaitu kalsium dan oksalat.
# Batu Struvite - Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Biasanya berlaku disebabkan oleh jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzin ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
# Batu asid urik - Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
# Batu sistein - Pembentukan batu karang jenis in jarang berlaku. Biasa berlaku dikalangan individu yang ada masalah genetik yg menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino.

Owwwhh..baru tau, batu karang pun ada macam-macam jenis.

SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG.

~ Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes menunjukkan simptom kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan.
~ Apabila batu karang berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, paesakit akan mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini akan terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
~ Air kencing berdarah.
~ Air kencing keruh dan berbau busuk.
~ Mual dan muntah.
~ Sentiasa terasa hendak kencing.
~ Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)


ATASI DAN CEGAH BATU KARANG DENGAN :

* Mengamalkan supplemen untuk bekalan Magnesium dan Vitamin B6
* Minum air yang secukupnya
* Amalkan meminum jus lemon
* Amalkan diet yang kurang oxalate seperti teh, kopi, bayam.

PRODUK SHAKLEE YANG MEMBANTU MASALAH BATU KARANG



OSTEMATRIK - Magnesium menurunkan oksalat (garam mineral)
VITA C - Mengasidkan urin. Batu karang tidak terbentuk dalam urin berasid.
B COMPLEX - Diambil bersama Magnesium, menurunkan oksalat (garam mineral)
CAROTOMAX - Menyembuh saluran kencing yang luka oleh bantu karang.
VIVIX - Mengimpak 4 mekanisma penuaan selular
OMEGA GUARD - Membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.
ALFALFA COMPLEX - Mengurangkan infeksi dan inflamasi
LECITHIN - Mengemulsi lemak dan minyak yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan

Kena ambil semua ke supplemen kat atas tu?????
Meh wasap saya ye untuk free consultation.











Usaha dan ikhtiar telah pun kita lakukan , tetapi jangan lupa pada Allah Yang Maha Kuasa. Segala penyembuhan dengan izin Allah. 
Amalkan juga doa ini untuk pesakit batu karang. 



USAHA, IKHTIAR, DOA DAN TAWAKAL
In Shaa Allah.


Hubungi saya untuk suplemen terbaik bagi membantu menyelesaikan penderitaan anda.
Elly (1081781)
012-3931629 (Whatsapp for fast reply) 
COD Kapar, Meru, Klang, Shah Alam Penghantaran Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia


"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit"
.
‪#‎Zi2M‬
‪#‎ShakleeEffectZi2M‬
#mamaelleCoPE

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment