Ramai ibu menyusu yang tanya, dah ambil ESP perlu ke ambil alfalfa atau dah ambil alfalfa perlu ke ambil ESP untuk pastikan proses penghasilan susu tidak terganggu.
Kenapa ESP jadi pilihan untuk ibu menyusu?
ESP merupakan protein yang membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu.
Kenapa ALFALFA jadi pilihan untuk ibu menyusu?
Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP.
ESP merupakan protein yang membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu.
- Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan secukupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
- Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protein harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protein akan diambil dari dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi anda. Menurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.
- Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.
Kenapa ALFALFA jadi pilihan untuk ibu menyusu?
Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP.
Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu.
- Merupakan supplemen penting untuk boost penghasilan susu. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang ambil 2 biji sahaja telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu. Tetapi ada juga yang memerlukan 4 hingga 6 biji untuk stimulate dalam menghasilkan susu dengan lebih cepat. Bergantung kepada keperluan badan ibu itu.
- Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan. Secara automatiknya kebaikan turut dirasai oleh baby...susah nak kena kembung perut. In Shaa Allah
Namun harus diingat, dalam perjalanan menyusukan si manja, yang paling penting bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah ialah kekerapan penyusuan dan payudara itu dikosongkan. Bukan bergantung kepada suplemen semata-mata.
Tips Menambah Susu Badan
- Supply and demand adalah konsep asas dalam penyusuan. Semakin banyak permintaan susu ibu melalui hisapan pada puting oleh bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Apabila payudara telah kosong akibat dihisap oleh bayi atau pun dipam, otak akan mendapat signal untuk menghasilkan susu dan memenuhi kembali payudara dengan susu ibu. Berikan anak anda menyusu sekerap mungkin atau pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
- Minum air yang banyak membantu melancarkan sistem dan fungsi organ dalam tubuh, meningkatkan kecergasan dan sekaligus meransang penghasilan susu ibu.
- Makan makanan yang berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan kesihatan ibu adalah pada tahap optimum. Apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jika ibu kurang mengambil vitamin tertentu seperti kalsium, kesannya ibu akan mengalami masalah sakit sendi dan tulang rapuh. Malah anak yang disusukan juga mungkin lambat mengalami pertumbuhan gigi.
Antara makanan dan minuman yang boleh membantu perbanyakkan susu ibu ialah:
- Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
- Kaya dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
- Tinggi kalori – longan kering, kurma.
- Tinggi kalsium – susu.
- Kaya vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
- Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
- Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
- Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
- Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
- Pengambilan supplement - Jika ibu tidak pasti dan bimbang tidak makan makanan yang berkhasiat dalam menu diet harian, terutamanya bagi ibu yang sibuk bekerja, ambillah supplement yang boleh membantu. Antara supplement yang terbaik dalam penyusuan adalah Set Menyusu Shaklee Set ini mengandungi nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan tubuh ibu dan juga bayi yang disusui. Apabila tubuh menerima zat dan nutrien yang mencukupi, penyusuan akan lebih lancar. Set Penyusuan Shaklee juga mengandungi Milk Booster terbaik yang membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee anda pada hari ini.
Elly (1081781)
FB: Norsyahili Solahuddin
No Tel: 012-393 1629 (Whatsapp for fast reply)
COD Kapar, Meru, Klang, Shah Alam
Penghantaran Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia
"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit"
0 comments:
Post a Comment