BENGKAK SUSU! Aduh Sengsaranya.
Akak sendiri ada pengalaman bengkak susu ni, pernah terjadi masa berpantang anak kedua. Demam sampai menggigil2 rasanya, masa tu kurang ilmu penyusuan dan malas nak google kot....Ambil jalan mudah terus ke klinik aje sebab masa tu fikir memang demam biasa.
Bila dah jumpa doktor then she's explained everything tentang bengkak susu...masa tu baru la tau ada demam pasal bengkak susu ni.
Sekarang.....
Sejak dah berkenalan dengan Shaklee, syukur Alhamdullillah tiada lagi masalah bengkak susu dan makin banyak info yang saya dapat tentang penyusuan dan masalah bengkak susu ni, Dapat la juga saya bantu ibu-ibu yang bertanya tentang penyusuan dan masalah-masalah berkaitan.
Ok, meh saya kongsikan info yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu dan semua di luar sana.
Amat penting kepada anda untuk mengetahui apakah punca berlakunya bengkak susu supaya masalah yang sama tidak berulang lagi dan anda tahu dimana kesilapan anda and learn you lesson from there.
Bengkak susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara @ mastitis dan nanah.
Apa itu Mastitis ?
Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara. Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.
Bagaimana nak tahu simptom mastitis?
Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah
- Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
- Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
- Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)
Mari saya kongsikan pula antara punca bengkak susu ni
7 punca berlaku bengkak susu:
1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on breastfeeding)
- Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)
- Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.
3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).
- Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).
- Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).
5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).
- Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.
6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)
- Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
- Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.
7. Pam susu. (Breast pump).
- Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
- Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.
** Antara faktor-faktor lain penyebab bengkak susu
8. Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian bra yang berdawai
9. Susu mengering terlalu tebal pada bahagian puting, akibatnya susu baru tak boleh nak keluar
10. Tidak pum mengikut jadual. Ibu ramai yang suka pum tunggu susu penuh.
11. Jangkitan yis juga boleh menyebabkan bengkak susu
TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:
1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).
2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)
3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.
4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast.
5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.
6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.
7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.
8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compress untuk menghilangkan radang.
10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.
Pengambilan LECITHIN dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu ini.
Disamping itu. Colina yang terdapat dalam lecithin juga baik untuk perkembangan otak bayi.
Bagaimana cara Lecithin Bertindak?
LECITHIN membantu untuk mengurangkan bengkak susu?
Menurut satu artikel daripada International Breastfeeding Center, ini mungkin disebabkan oleh lecithin mengurangkan kelikatan susu. Ini terjadi disebabkan oleh penambahan peratusan asid lemak tak tepu di dalam lemak. Lecithin merupakan pengemulsi lemak, dan sifatnya yang beginilah yang mampu mengurangkan kelikatan susu ibu tersebut.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee anda pada hari ini.
Elly (1081781)
FB: Norsyahili Solahuddin
No Tel: 012-393 1629 (Whatsapp for fast reply)
COD Kapar, Meru, Klang, Shah Alam
Penghantaran Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia
"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit"
Sumber - Cikgu Susu
Elly (1081781)
FB: Norsyahili Solahuddin
No Tel: 012-393 1629 (Whatsapp for fast reply)
COD Kapar, Meru, Klang, Shah Alam
Penghantaran Pos Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia
"Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit"
#pumponthego
#mamaelleCoPE
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M
0 comments:
Post a Comment