Halooo...nak share lagi ni info-info pasal penyusuan ni.
Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
1. Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif.
Semasa memulakan penyusuan, offer dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
2. Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy).
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Offer breast yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu.
Some babies prefer posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan baby suka menyusu di sebelah breast sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
4. Tandem pumping.
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah breast adalah setara, dan extra stimulasi dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di breast yang produktif ini tidak terganggu.
5. Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif.
Contohnya jika anda memerah kedua belah breast selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi extra stimulation kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat signal untuk meningkatkan penghasilan susu.
6. Pam selepas menyusu.
Utamakan direct feeding kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu breast itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet)
Sumber : Pump on the go
HAPPY BREASTFEEDING IBU-IBU SEMUA
0 comments:
Post a Comment