Set Breakfast Kacang Pool versi MamaElle


Good Morning!!!
Selamat Hari Malaysia!!!

Sarapan apa uolls pagi ni? Kalau saya cuti-cuti ni memang la kena buat bfast...ye la...dah hari2 suami dan anak bfast kat sekolah da tempat kje kan. Jadi bila cuti bior la depa merasa air tangan isteri @ mama kan.

As requested by en.suami suruh buat kacang pool plak. Rasa semalam dalam kereta gaya cerita dia yang nak buat, tup tup pagi ni sudah tukar ka...

Udah la seumur hidup tak pernah rasa kacang pool tu, belum sampai ke Johor kan...Eh eh kat Johor je ke ada kacang pool, rasanya kat tempat lain pun dah ada...saja la tu cari alasan xmo buat...hahaha

Apalagi, pakcik gugel la yang saya cari, dia kan pakar segala pakar...nak tau apa sumer cari dia. Cari punya cari...ok dah jumpa. Baca resepi dia pakai kacang parang dalam tin pulok, celah mana plak nak cari kacang parang dalam tin sekarang ni. Nampak gaya kita pakai bahan2 yg ada kat rumah je la ye.

Bahan-bahannya
-Kacang panggang Ayam Brand/Kacang Parang Brand Kimball
(suka hati korang la nak pakai brand apa)
-Daging/ayam kisar
(saya guna ayam, itu yg ada dalam peti ais)
-Serbuk kari daging/ayam
-Butter/mentega (utk menumis)
-Bawang putih (racik/tumbuk)
-Bawang merah (racik/tumbuk)
-Ketumbar (tumbuk..Nak cepat beli aje yang serbuk)
-Jintan putih (tumbuk..Nak cepat beli aje yang serbuk)
-Roti (roti perancis takdak, roti gardenia pun boleh aje)
-Telur
-Cili api
-Garam


Ok, dah boleh start masak. Tumis bwg dan rempah tadi dengan butter lepas tu masukkan serbuk kari then masukkan ayam kisar.  Boleh la tambah air sikit kalau nak ada kuah. Agak-agak dah serasi bersama boleh la masukkan kacang panggang tadi. 

Lupa lak nak bagitau kacang panggang tadi ditekan bg hancur sket, tapi jangan la hancur sgt sampai lumat. Lepas tu gaul la bagi rata semua bahan-bahan tadi, bubuh la garam nak bagi naik rasa.Almost done.

Cedok, buh dalam mangkuk.
Kalau versi Johor, pecah telur tu dalam mangkuk so nampak cantik la dia dalam mangkuk dihias dengan cili.
Tapi ni sebab versi Javanese...aku punya suka la...jadi la yang macam dalan gambar ni.

Dah sedia utk dihidangkan.Oopss..bancuh air kopi dulu baru la jadi set breakfast kacang pool.
Done.


Selamat menikmati sarapan pagi.
Syukur Alhamdullillah.

4 set setengah set sold out you...kenyang perut memasing pagi ni. Arif lagi best, dia p makan mamee ngan kacang pool, 3 kali tambah. Suka hati la nak, asal ko bahagia.

p/s-mamee tu bukan mama yang beli, dia pow atuk dia semalam masa g tesco. Dengan mama tak dapat ler...

Nak cerita pasal kacang pool je, tapi berjela-jela plak membebel.Hahaha
Terima kasih sebab sudi baca.
Jumpa lagi di lain entry.
Love
MamaElle
Pusat Tenaga Positif
Share on Google Plus

About Norsyahili Solahuddin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. Sedapnya nk cuba untuk dinner malam ni lah..tq elle

    ReplyDelete